Thursday 29 December 2016

Quotes #13



Never cry for someone who hurts you, just smile and say "thanks for giving me a chance to find someone better than you." ☺

Sunday 27 November 2016

Kaki cantikmu aurat, ukhti !



Kisah kaki aurat😊

Kaki adalah aurat. Saya dah lama tau pasal tu. Dari zaman sekolah. Saya pun pelajar sekolah agama. Namun, malangnya, pada zaman sekolah,  saya pakai setokin bukan sebab Allah, tapi sebab peraturan sekolah. 

Pada minggu pertama di universiti, saya didatangi satu kumpulan mahasiswi bertudung labuh. Saya tersengih-sengih sahaja tatkala mereka memujuk saya untuk menutup kaki. 

"Pakailah stokin macam kami. Insya-Allah, nanti kaki kita cantik dan lembut sebab tak kena debu-debu jalan." Begitu pesan mereka. Begitu berhikmah sekali. Langsung tidak disebut tentang dosa dan neraka, barangkali kerana mereka yakin saya sudah mengetahuinya. 

Malangnya, hati saya tetap tidak terkesan dengan kaedah psikologi yang mereka gunakan. Masya-Allah.. betapa kerasnya hati ini. :-(

Ketika detik-detik awal perkahwinan, suami pula berbunyi..
"Sayang, nanti pakai setokin ya. Allah dah suruh tu, kita buat sajalah. Buat apa nak lawan? " Pujuk suami bersahaja sambil menghadiahi beberapa pasang setokin kepada saya. 

Alahai.. Saya masih memandang tuntutan ini sambil lewa. Namun, saya tidak pula berani membantah arahannya. Adakalanya bila keluar saya pakai juga..tapi pada kebanyakan masa, saya selalu lupa atau buat-buat lupa. 

Bila suami tengok saya tak pakai setokin bila keluar, dia tak marah. Cuma dia buat muka bad mood dan tak nak bercakap dengan saya. Sekali..dua kali.. saya buat tak tahu saja. Tapi dia terus 'boikot' saya setiap kali saya keluar tak pakai setokin. Lama kelamaan, saya jadi rimas dengan 'penyepiannya'. Maklumlah, saya ni jenis suka bercerita. Kalau dia buat tak tahu saja bila saya cakap, aduhai..betapa menderitanya!

Akhirnya, saya mula serik. Setiap kali keluar, saya akan pakai setokin. Masih  bukan sebab Allah.. tapi sebab suami. Sebab saya tak nak bercakap sorang-sorang lagi. Namun, lama kelamaan memakai setokin sudah jadi kebiasaan saya. Di depan suami saya pakai bahkan kalau dia tak ada pun, saya akan pakai juga. Kalau tak pakai, dah mula rasa tak selesa.. dah mula rasa berdosa. Akhirnya, saya istiqamah menjaga tuntutan agar menutup kaki sehingga kini dan moga amalan ini kekal hingga tercabut nyawa dari jasad ini. Amin ya Allah. 

Sahabat yang baik.. 
Sekadar mengulangi pesanan yang pernah saya terima.. "Kalau Allah dah suruh tu, kita buat sahajalah!" Memang betul, kan? Buat apa kita nak lawan, buat apa kita nak tunjuk keras kepala kita? 

Tutuplah aurat kita.. kaki pun aurat juga. Pakailah setokin. Macam kes saya, kaedah psikologi tidak berjaya.. tapi berjaya juga dengan kaedah 'terpaksa'. Mula-mula mungkin susah memujuk hati agar ikhlas dan tidak rimas... namun percayalah.. akan sampai peringkat di mana kita akan terbiasa akhirnya. 

Ayuh pujuk hati sendiri.. bantu diri kita untuk mendapat tiket ke syurga-Nya. Mana tahu, mungkin niat sekecil memakai setokin ini yang menjadi asbab kita mendapat rahmat dan hidayah dari-Nya. Kalau semalam, kita tidak menutup kaki, mulakannya hari ini. Sekurang-kurangnya kita sudah pun menjadi orang beruntung yang punya hari lebih baik dari semalam.. seperti yang disebut oleh Baginda Nabi. 

Jom pakai setokin mulai hari ini.. Ikhlas atau tidak belakang kira.. yang penting, ia wajib hukumnya.. Tutup aurat jika tidak ikhlas mungkin tidak mendapat pahala.. namun, sekurang-kurangnya, kita tidak berdosa! Kita cuba ya..

Friday 19 August 2016

screaming inside



i am screaming inside


Kau tak tahu kan ? Tolong siapa pun kau, aku mohon kau pergi jauh dari aku. Gerak geri kau melukakan aku. Mungkin tanpa kau sedari, namun itu hakikat yang kau memang kena pergi jauh dari aku.

Jangan sampai aku bertindak tunjukkan diri aku siapa sebenarnya. Kau akan menyesal.

HATI gelap



Lirik Lagu Ungu – Kekasih Gelapku
***
Kumencintaimu lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tau
Kumencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku

Ha…, ha…
Kutahu kutakkan slalu ada untukmu
Di saat engkau merindukan diriku
Kutahu kutakkan bisa memberikanmu waktu
Yang panjang dalam hidupku

Yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
Yang kucari s’lama ini dalam hidupku
Dan hanya padamu kuberikan sisa cintaku
Yang panjang dalam hidupku…, haa…Hidupku…haa…


Malam ni malam jiwang lepas stress. heee bole kot dipanggil sebagai malam jiwang sebab mood belajar menurub serta merta. :) 
Kau kekasih gelap aku atau sebenarnya aku kekasih gelapmu ?

.


Tuesday 21 June 2016

Misi 4.00 bersama

Jom guys misi 4.00 bersama2 ......

🏅🏅🏅🏅🏅🏅🏅🏅🏅🏅

1... *Tetapkan matlamat*... Contoh: semester ni CGPA 4.00. Semester ni nak 3.7. Semester ni nak try atas 3.0.

2... *Susun subjek-subjek mengikut keutamaan*...Susunan keutamaan diberikan kepada subjek yang paling susah / perlu diberi perhatian serius sehinggalah subjek yang dah mantop.

3.🗓 *Jadual study*.🗓Tetapkan jumlah jam study bagi setiap subjek. Study 50 minit. Rehat 10. Kemudian sambung subjek tu atau tukar subjek lain ikut jadual. Subjek susah lebihkan masa. Jadual jangan padat sampai tak sempat nak makan.

4. .... *Kenalpasti masa aktif anda*..... Kalau jenis lepas subuh tidur balik, jangan letak subjek berat anda waktu pagi. Letak subjek susah pada waktu aktif.

5. . *Tidur 5 jam dah memadai*..Tidur kena jaga. Sebelum tidur study subjek paling susah. Bangun tidur sambung subjek paling susah tu jugak.

6.🖊 *Study sambil kunyah kismis*... Minum air lebih. Jika anda jenis suka study dengar lagu, pilihlah lagu yang menenangkan (lebih baik dengar bacaan Quran). Siapa jenis suka study sunyi-sunyi cari la tempat seperti perpustakaan. Study di masjid ada keberkatannya. Rumah Allah kan.

7. ❌ *Elakkan*.❌ study di bilik tidur atau mana-tempat tempat yang ada bantal atau tilam atau selimut. Tetiba je nanti dah berselubung.

8. ....Penat-penat study tu rehat kejap *call mak ayah*. ..Minta doakan. Dengar suara mak ayah ni menenangkan. Doa mereka pun dimakbulkan.

9.👪 Siapa yang sempat balik, *tatapkan* muka mak ayah  tu sebelum exam....... Walau nanti kawan-kawan perli kita rajin belajar, at least kita tahu kita nak jalankan tanggungjawab kat mak ayah yang memberi kepercayaan kepada kita.

10. ✍..Study tu kena *aktifkan semua pancaindera*.🗣 Baca dengan suara perlahan bagi telinga kita dengar. Tulis nota. Warnakan. Bila guna semua pancaindera, lebih kuat ingatan.

11.⚠ *Lepas subuh baca yasin* ☪ atau mana-mana surah. Lepas solat, jangan malas doa. *Solat hajat doa sungguh-sungguh. Bagi tenang baru mula study*.

12.🕌 Beri *masa lebih bersama Dia*(jangan gopoh sangat solat).. Dia akan beri masanya bersama kita. Bagaimana? Misalnya kita cepat faham. Jadi banyak masa jimat. Tak ada la asyik ulang benda sama tak faham-faham dan masa terbazir.

13... *Jangan bergantung* ..pada nota kawan (dia tak bagi semua tu) haha. Jangan bergantung pada nota kuliah. Jangan bergantung pada soalan exam lepas. Untuk letak diri anda pada level yang berbeza dengan rakan sekelas, carilah dan tambahlah sumber berautoriti lain. Lecturer pun suka ada input tambahan.

14. .. Study tak faham! *Tanya yang faham*... Tak faham juga tanya yang boleh memahamkan. Baca tak faham. Ulang baca. Tak faham juga. Baca lagi. Biar jatuh biji mata. Pasang balik dan sambung baca. Jangan putus asa.

15. .. *Kenal pasti cara study* ..terbaik untuk subjek anda. Jika study group itu terbaik, buat la study group. Kalau rasa study sendiri terbaik, study la sendiri.

16.❗ *Jangan asyik sebut susah*.❗ Bila selalu sebut susah. Memang la jadi susah. Kurangkan mengeluh. Mengeluh hanya tambah masalah. Mengeluh tu sendiri pun satu musibah. Rilex. Cari solusi.

17. 🗓 *Semak jadual exam*.🗓 Study subjek yang last dulu kemudian baru yang awal-awal. Kemudian nanti ada masa renggang ulang subjek yanglast-last. Utamakan juga subjek yang dekat-dekat harinya. Mana subjek yang ada gap tu boleh la kemudiankan.

18.🗒 *Guna sticker note*.. untuk ringkasan maklumat buku dalam muka surat tertentu. Nanti laju sikit baca. Terus tengok point penting kat sticker notes je.

19... *Tolong kawan* yang tak faham. .. Bila kita ajar orang, kita akan lebih faham. Faham?

Good luck for final guyss.

🏅🏅🏅🏅🏅🏅🏅🏅🏅🏅

Monday 8 February 2016

Daily remainder #1



                             Fiqh aulawiyat :
                         "Situasi Vs Realiti  "

"Nak meeting ke nak study? Esok test ni!"

"Kelas atau program?"
                            
                             * * *

Yang aktif berpesatuan mesti sokmo berada dalam dilema ni kan? 😏

Iye dok kawan2 ?

Awak....

Realitinya kita yang selalu meletakkan diri kita dalam dilema!😞

Kita yang suka meletakkan diri kita dalam situasi yang harus memilih!😩

Contoh bila bertembung kerja persatuan dan test,

Masa tu hati kita kuat mengatakan,

"Aku kena utamakan yang lebih aula! Pelajaran tu penting kot! Persatuan no. 2!"

Eceeee masa ni muka yakin kot!😌

Tau tak beb?

Hakikatnya keduanya harus bergerak seiring!

Dan dua-dua adalah keutamaan kita.

Sebab apa?

Dua-dua adalah tanggungjawab kita!😎

☝🏻Satu tanggungjawab kita sebagai pelajar dan 

☝🏻satu yang lainnya tanggungjawab  yang kita sendiri terima semasa ditawarkan jawatan tersebut.

Sepatutnya kita dah susun jadual harian kita betul-betul bila kita tahu kita memegang amanah supaya tidak terabai salah satu.

Macam mana nak buat?😕

Hurmmm... 😶

secara teorinya🙈, belajar itu seharusnya dilakukan secara berterusan bukan bila nak test bila nak quiz baru study! 

Kita sebenarnya dah lari jauh dari konsep menuntut ilmu yang sepatutnya dan lebih cenderung kepada konsep mengejar empat rata!

Booommm!!!💣

Perit tekak! 

Rasa macam tertelan pasir tak uols?😭

Terasa seperti mengecam diri sendiri😣.

Lagi dasyat, kita sokmo  gunakan konsep aulawiyat untuk pertahankan diri kita. Untuk sedapkan hati yang mencari alasan. Juga untuk menutup kesilapan.

kita suka beramal dengan definisi zahir bukan pada kefahaman terhadap ilmu itu sendiri.😭

Sebab itulah dalam konsep aulawiyat ilmu itu lebih aula(penting) berbanding amal.

Sebab beramal tanpa ilmu kebanyakannya adalah sesat.

Sungguh tulisan ini umpama mengutuk diri sendiri yang selalu menggunakan konsep aulawiyat pabila ingin menghilangkan rasa bersalah. 😭🔫

Moga Allah memaafkan kita semua.

#WakeUpCalls
#iman
#MeremajakanMahasiswa

Usrah #1




💫 Usrah Sinaran Bahagia 💫

 📝 TIPS BACAAN AL-QURAN

Oleh: Dr. Muhd al-Muhaysini
هذه  #وصايا_أثناء_القراءة  كتبها د. محمد المحيسني حفظه الله .. 
Terjemahan oleh: BroSyarief

١- لا تعطي القرآن فضلة وقتك .
1. Jangan engkau berikan (fokus membaca) al-Quran pada lebihan waktumu (yakni: bila free, baru baca),

بل خصص له وقت محدد لا ينازعك عليه أحد
Malah khususkan untuknya waktu tertentu, yang mana tiada seorangpun yang akan mengganggumu.

٢- قبل القراءة جدد وضؤك ، واستقبل القبلة ، .
2. Sebelum membaca al-Quran, perbaharui wudhu'mu, hadaplah ke arah kiblat,

وابدأ بالاستعاذة ثم البسملة ، واستحضر فضل قراءة القرآن
dan mulakan dengan Isti'azah (Bacaan A'udzu bilLah..), kemudian Basmalah (Bacaan Bismillahir-Rahman..) dan mintalah agar diterima ganjaran kelebihan membaca al-Quran.

٣- ليكن صوتك وسطاً لا مرتفعاً فتتعب وتزعج ولا منخفظاً فتملوتنعس ، 
3. Hendaklah kekuatan suaramu sederhana, tidak terlalu kuat sehingga engkau sesak dan terganggu, dan tidak terlalu perlahan sehingga engkau bosan dan mengantuk.

ولتكن سرعتك وسطاً لا سريعة فتهذ ولا بطيئةً فتسئم .Hendaklah laju bacaanmu itu juga sederhana, tidak terlalu laju sehingga terpotong-potong ayat (kerana sering tersilap), dan tidak juga terlalu perlahan sehingga engkau sendiri resah.

٤- للقرآن هيبة ووقار ، 
4. Al-Quran memiliki wibawa dan kehormatan.

ومن عظم القرآن في قلبه عظم الله مكانته بين الناس ، Sesiapa yang mengagungkan al-Quran di dalam hatinya, Allah agungkan kedudukannya di kalangan manusia.

فلا تقطع قراءتك بالكلام مع فلان وفلان
Maka jangan engkau putuskan bacaanmu dengan perbualan bersama orang lain.

٥- كان السلف إذا شرع أحدهم في قراءة سورةٍ لا يقطعها حتى يتمالسورة ،
5. Generasi salaf dahulu apabila mereka menetapkan untuk membaca satu surah, mereka tidak akan memutuskannya sehingga sempurna bacaan satu surah tersebut.

وهذا من الأدب مع كلام الله ، والبعض يقطع الآيات !
Ini adalah di antara adab dengan kalam Allah. Membaca sebahagian itu memutuskan ayat.

٦- إذا بدأت قراءتك فلا تلتفت لأحد 
6. Apabila engkau telah memulakan bacaanmu, maka janganlah engkau menoleh kepada sesiapapun.

وإذا أراد أحدهم الحديث معك فأشر بيدك له معتذراً ، 
Jika seseorang ingin berbicara denganmu, berikan isyarat dengan tanganmu meminta maaf.

وهذا من تعظيمك لكتاب الله
Ini merupakan sikap memuliakan kitab Allah.

٧- إن كنت ولا بد قاطعاً تلاوتك لحديثك لأحدهم ، فلا تجبه فورحديثه 
7. Jika engkau perlu untuk menghentikan bacaanmu untuk berbicara dengan seseorang (yang mengajakmu berbicara), jangan terus (berhenti untuk) menjawabnya.

بل لينتظرك حتى تقف على رأس الآية في موقف مناسب .
Malah hendaklah dia menunggu sehingga engkau berhenti di hujung ayat, pada tempat berhenti yang sesuai.

٨- يجب عليك تحريك لسانك أثناء القراءة ، .
8. Hendaklah engkau menggerakkan lidahmu ketika membaca al-Quran,

أما قراءة العين فهي لا تجزئ ولا تعبر قارئاً 
adapun bacaan dengan mata sahaja, tiada ganjaran dan tidak dianggap sebagai membaca.

هكذا أفتى العلامة بن باز رحمه الله
Ini sebagaimana yang difatwakan oleh Ibn Baz rahimahulLah.

٩- من عدم احترامك لكلام ربك أن تقرأ آيات يسيرة ثم تتابع تويتروتليجرام و..و..و ثم تعود ، ثم تتصفح وهكذا !
9. Di antara tanda hilangnya rasa hormat kepada kalam Tuhanmu, ialah apabila engkau baru membaca sedikit ayat-ayat al-Quran, kemudian engkau sambung pula dengan melihat Twitter, Telegram, dan ini, dan itu, kemudian sambung, kemudian semak lagi, dan seterusnya.

١٠- أنصحك أن تذهب لمسجد بعيد لا معارف لك به 
10. Aku menasihatkanmu agar engkau pergi ke sebuah masjid yang jauh, yang engkau tidak biasa dengannya;

وأن تذهب الأخت لغرفة منعزلة ، .
Dan bagi wanita, agar pergi ke sebarang bilik atau ruangan yang terasingkan.

لتخلوا بكتاب ربك فتذوق حلاوته وتتدبر آياته
Supaya kamu dapat bersendirian bersama kitab Tuhanmu, lalu engkau menikmati kemanisannya dan mentadabburi ayat-ayatNya.

١١-مهمة:

شر جليس لك في قراءتك هاتفك !
11. (PENTING!!) Seburuk-buruk pendampingmu ketika membaca al-Quran, ialah 'handphone'mu.

فأنصحك أن تتركه في المنزل أو السيارة 
Maka, aku menasihatkanmu, agar engkau meninggalkan ia di rumah atau di dalam kenderaan (dalam keadaan yang selamat)

وتذهب للقراءة وحدك حتى لا يدخل منه الشيطان 
Dan engkau pergi
membaca al-Quran bersendirian, supaya Syaitan tidak mengganggumu melaluinya (yakni: telefon itu)

١٢- أثناء قراءتك ستمر عليك آيات رحمة ووعيد
12. Semasa engkau membaca, engkau akan melalui ayat-ayat tentang rahmat dan ancaman.

قف .. عند بعضها
Berhentilah.. pada sebahagian dari ayat-ayat tersebut.

وارفع يديك واسأل الله من فضله
Angkatlah kedua tanganmu dan mintalah kepada Allah dari kelebihanNya.

فلها أثر على القلب كبير .
Baginya, terdapat kesan kepada hati yang sangat besar.

١٣- إن كنت بطيئ القراءة أو لا تحسنها
13. Jika engkau (menghadapi masalah) perlahan membaca al-Quran atau engkau tak mampu membaca dengan baik,

فأعلم أن أجرك مضاعف فلك الأجر مرتين .
Ketahuilah bahawa ganjaran pahala engkau digandakan. Maka, bagi engkau, ganjaran pahala sebanyak dua kali (1 kerana membaca, 1 kerana usaha dalam susah)

وأوصيك بتحميل القرآن صوتياً بهاتفك وتابعه .
Dan aku pesan kepada engkau supaya muat turun rakaman bacaan al-Quran di dalam handphone dan (belajar membaca dengan) ikuti (rakaman bacaan) itu.

١٤- ختم قراءتك على أواخر السور أكمل وأفضل من ختمها على أواخر الأجزاء .
14. Habiskan bacaan engkau pada penghujung surah adalah lebih sempurna dan lebih baik dari menghabiskan di penghujung juz-juz.

-ابن عمر إذا شرع في سورة لا يقف حتى يختمها .
Ibn 'Umar dahulu, jika membaca pada satu-satu surah, dia tak akan berhenti sehinggalah dia menghabiskannya.

١٥-لا يشغلنك قطع الأجزاء عن التدبر ومما يساعدك عليه تكرار الآية مرتين وثلاث وعشر حتى يلين لها قلبك ، 
15. Jangan engkau sibukkan (fokus) untuk menghabiskan juz-juz, daripada (yang sepatutnya, iaitu fokus) kepada tadabbur dan apa-apa yang sebenarnya membantu engkau untuk mengulang-ulang sesuatu ayat sama ada 2 kali dan 3 kali dan 10 kali, sehinggalah hatimu menjadi lembut kerana ayat itu.

تقبل الله منا ومنك .
Semoga Allah menerima (usaha ini) dari kami dan dari engkau. 

#DakwahUntukIslamTerhebat


Sebenarnya #1




Al-Quran tak disentuh, 
Zikir tak terbiasa, 
Sejadah selalu terlipat,

Lalu, kau tanya mengapa hati tak tenang.

Sebenarnya kau sendiri tahu jawapannya.😔

Tuesday 12 January 2016

Srikandi #2



                                     Sirah :
               "Srikandi Penegak Islam."

"Asal muka sememeh? Nangis?"

Azwanis mencari arah suara yang menyapa.

Mata menangkap kelibat sahabat karibnya, Afi dan Fairuz.

"Aku dah clash."😭

"Baguslah."😌

"Tapi sebelum ni bukan main dia cakap dia sayang aku la, tak kan pernah cari lain la.. at last....."😭

"Kau sayang Rasulullah?"

"Mestilah sayang. Kau kenapa tanya soalan random ? Dah la tak ada kaitan dengan masalah aku sekarang."😒

"Kau kenal Nusaibah binti ka'ab?"

"Tak. Che Nusaibah kenal la." Balas Azwanis geram apabila soalannya juga dibalas dengan soalan. Nama sahabat mereka yang kecil molek dipetik.

"Eh budak ni. Aku serius dia main-main."😒

"Haha.. betul la tak kenal. Tak pernah dengar pun namanya."😛

"Siapa Nusaibah binti Ka'ab Afi?"

Fairuz yang tadinya hanya menjadi pendengar setia mencelah.

" Nusaibah binti ka'ab ni salah seorang daripada serikandi Islam dan juga pejuang Muslimah Islam yang pertama."

"Jadi apa kaitannya Nusaibah binti Ka'ab dengan cerita aku putus cinta?"

Azwanis bertanya ingin tahu. Tak puas hati bila Afi mengubah fokus perbualan mereka.

" Dan buat pengetahuan korang jugak Nusaibah binti ka'ab atau dikenali juga sebagai Ummu Imarah sangat cinta akan agama dan rindu kepada syahid. Buktinya beliau tak akan pernah melepaskan diri dari turut serta dalam kebanyakan peperangan antara Islam menentang kuffar.

Beliau antara individu yang  turut serta dalam Perang Uhud, Perang Hudaibiyyah, Perang Hunain dan Perang Yamamah serta menyaksikan Bait al-Aqabah." 

Terang Afi panjang lebar membiarkan persoalan Azwanis tidak berjawab.

"Dan paling aku salute, sebab beliau  serikandi yang sangat berani. Lebih berani daripada pemuda zaman sekarang. Korang tau kenapa?"

Serentak Azwanis dan Fairuz menggelengkan kepala tanda tidak tahu.

" Sebab setiap kali peperangan beliau akan pastikan dirinya sentiasa ada di barisan paling hadapan perjuangan dan beliau seakan tak rela jika dirinya termasuk dalam kalangan orang yang tertinggal. Beliau tak akan pernah membiarkan  posisi berharga tersebut digantikan oleh orang lain,sebab tu  Nusaibah binti Ka'ab  tak pernah memilih bahagian yang teringan dalam perjuangan."

"Sebelum aku sambung cerita aku ni, nak tanya sikit, hari ni berapa kali dah kita  selawat?"

Azwanis dan Fairuz terdiam. Liur yang ditelan seakan berpasir.

"Tak pe tak payah jawab. Soalan tu bukan untuk korang je, tapi untuk aku jugak."

Afi bertindak memecah kesunyian setelah persoalan yang dilontarkan sebentar tadi membuatkan dua rakannya terdiam.

 Mungkin sedang menghitung berapa banyak selawat yang telah meniti dibibir mereka untuk hari ini. 

Kemudian nafas ditarik dalam sebelum menyambung cerita   tentang 'Sang Pedang Rasulullah'.

"Berbalik kepada kisah Srikandi hebat tadi, Pernah dalam Peperangan Uhud, saat  kaum muslimin leka mengutip harta rampasan perang dan kemudian diserang  oleh pihak lawan dan membuatkan ramai yang lari menyelamatkan diri.

 Jadi masa tu kaum kuffar laknatullah dah sedia  nak hunus pedang ke arah Rasulullah dan tanpa buang masa Nusaibah bangun mempertahankan Rasulullah dari panah-panah dan hunusan pedang musuh.

Dan cintanya Beliau terhadap Rasulullah membuatkan beliau sentiasa dekat dengan Rasulullah sepanjang peperangan berlangsung."

"Itu tanda cintanya beliau terhadap Rasulullah."

Dan kita hari ini? Bila tanya kita cinta tak Rasulullah? Lancar je bibir kita jawab sayang. Seakan itulah jawapan skema yang termaktub dalam kamus yang bergelar muslim."

"Afii"😭

"Dah kenapa korang berdua nangis pulak ? Bukan main aku bagi cerita penuh inspirasi "😅

"Sebab ayat kau tu macam anak panah Ummu Imarah . Tepat kena kat jantung kitorang. Pedih weh"😭

"Pulak.. okok.. kejap"😅

Tangan Afi mencapai tas tangan yang terletak elok di atas meja kopi. Kemudian dihulurkan sesuatu kepada Azwanis dan Fairuz yang setia menanti.

"Nah!"

"Nak buat apa dengan plaster dan gula-gula ni?"

Tanya Fairuz hairan. Muka yang tadinya kelat bertukar bingung. Namun huluran sahabatnya tetap disambut.

"Untuk tutup luka di hati dan hilangkan pahit di tekak korang..haha"😆

"Afiiiii!"😤

Serentak bantal kecil di baling tepat mengenai kepala Afi. Geram kerana dipermainkan.

Mereka gelak jemaah.

"Jadi cerita aku relate tak dengan kisah kau wawa?"

"Sangat related. Sekarang ni aku sedar yang sebenarnya aku dengan ex-bf aku tu sama je. Aku kata aku cinta Allah, cinta Rasulullah tapi tindakan aku tak sama dengan pengakuan aku. Selawat pun jarang-jarang. 

Sama la macam ex-bf aku, cakap sayang tapi last mintak clash bahkan tak pernah mengingatkan aku tentang Allah dan paling teruk buat aku makin dekat dengan jurang neraka."😭

Piinn..pinn....

Bingit hon kereta menghentikan perbualan mereka.

"Dah..dah.. sambung nangis kejap lagi.. Izzah dah sampai tu. Kan membebel pulak Syafikah, kita janji dengan dia sampai rumah dia pukul 2, ni pukul 2 baru nak gerak dari rumah. Kesian baby Adhwa mesti dari tadi tunggu aunties dia ni tak sampai-sampai  "😒

"Entahlah kau ni Wawa.. kalah baby Adhwa."😜

"Ye la.. dah siap la ni. Tapi yang pasti bukan Syafikah yang membebel. Tapi kau yang membebel."😒

Sempat Azwanis menghantar jelingan tajam buat Afi dan Fairuz.

Dan sekali lagi ketawa mereka bersatu.

P/s: itulah persahabatan kerana Allah, Menyedarkan bila terleka. Dan itulah keimanan, menerima walau kenyataanya perit untuk ditelan.

#WakeUpCalls
#iman
#MeremajakanDiri

Srikandi #1





                                     Sirah :
             "Srikandi Penegak Islam."

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَنِ ٱلرَّحِيمِ

Syukur Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk merasakan nikmat di tahun baru 2016. 😊 

Ayuh,luangkan sedikit masa mengenali serba sedikit mengenai puteri kesayangan Rasulullah s.a.w iaitu Sayyidatina Fatimah Azzahra🌸🌸🌸


🔮Menurut mutiara kata Ibnu Rusyd :
"Kepuasan jiwa kerana mencari ilmu pengetahuan itulah kepuasan yang sejati"

🌹🌹FATIMAH AZZAHRA🌹🌹

🌹Suami kepada Fatimah Azzahra,Saidina Ali bin Abi Talib  menceritakan bahawa  isterinya Fatimah menggunakan tangannya untuk mengisar bijian yang menyebabkan tangannya menjadi kasar. Beliau juga mengisi air ke dalam bekas yang dibuat daripada kulit dan membawa bekas itu ke rumah sehingga meninggalkan kesan di dadanya akibat daripada tali bekas tersebut. Beliau sendiri yang menguruskan rumahnya,menyapu dan sebagainya sehingga menyebabkan pakaiannya selalu kotor.

🌹Fatimah memberitahu Rasulullah" aku dan Ali hanya mempunyai satu alas tidur,itu pun daripada kulit domba. Pada malam hari kami membentangkan alas itu dan kami tidur di atasnya dan pada waktu siang hari kami tabur rumput dan bijian di atasnya untuk memberi makan unta.

🌹Rasulullah saw bersabda:
"Wahai anakku, bersabarlah. Nabi Musa dan isterinya memiliki hanya satu alas tidur sahaja sehingga sepuluh tahun. Itupun hanya jubah Nabi Musa as. Itulah yang dibentang dan mereka tidur di atasnya. Takutlah kepada Allah swt hasilkan sifat taqwa dan tunaikanlah tugas dan kewajipanmu terhadap Allah dan sempurnakanlah tugas²  rumahtanggamu. Apabila kamu hendak tidur bacalah "subhanallah" 31x
"Alhamdulillah" 31x
"Allahuakbar" 31x. 
Amalan ini lebih baik bagi kamu daripada hamba.

Fatimah pun berkata:  "aku redha dengan Allah dan RasulNya."

~Hadis Riwayat Abu Daub~

Subhanallah,😭😭😭
Lihatlah, beginilah kehidupan puteri ketua segala rasul. Sekiranya di kalangan kita hari ini terdapat seseorang yang mendapat pendapatan lebih sedikit, kita bukan setakat tidak melakukan urusan rumahtangga malah urusan dirinya sendiri pun tidak mampu dilakukan.


🎀🎀🎀
Sayyidatina Fatimah Az-Zahra.
pemimpin wanita ke  syurga..🎀🎀🎀
 
Waallahualam.


#WakeUpCalls
#iman
#MeremajakanDiri

C.I.N.T.A #1



                         Syariat :
    "Cinta Khaliq Vs  Cinta Makhluq"

Al-Quran bersalut warna merah hati itu dikucup berkali-kali.
Ada sesuatu perasaan yang dirasa.....
Ya, ketenangan..😊
Terasa tenang..
setenang ruang maghrib..dan ketenangan itu mengundang air mata.😢

Perlahan-lahan kaki diatur ke ruang beranda.
Sunyi.....seperti hatinya yang sunyi.
Sunyi dari cinta...
Sakit..pedih..rindu..
Hati meronta-ronta untuk dikasihi kembali.
Terasa beban di jiwa dan di bahu sangat berat.😔
Allahuakhbar!!

Sering kali terlupa pada cintaMu disaat hati ini senang..
hanya mengadu di saat diri ini rebah..
betapa egonya diri ini untuk menagih kasihMu..
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

Allah itu Maha luas pengampunannya..
Dia yang menggerakkan hati kita supaya rasa bersalah.
Maka itulah tandanya supaya kita kembali padaNya..mendekat diri denganNya.❤

Sakitnya putus cinta hanya ibarat digigit semut 🐜..tapi apabila Allah memutuskan cintaNya dengan kita..
Subhanallah...hidup kita tidak akan pernah tenang..tidak akan menerima keredhaan Allah.😟

Semoga Allah swt tidak melepaskan hati2 kita disaat Allah membolak-balikkannya.

 
Wallahua'lam...
 

#WakeUpCalls
#iman
#MeremajakanDiri

C.I.N.T.A #2



                         Syariat :
    "Cinta Khaliq Vs  Cinta Makhluq"
 

"Sesungguhnya seseorang itu akan menjadi hamba kepada apa yang dia cintai."

Kata2 ustaz Hussaini berlegar2 di dalam kepala. Tiba2, Alya memecahkan kesunyian.

"Kau hamba apa..?"

"Hamba... persatuan. Hamba katil. Hamba study. Hamba cinta manusia." 😭😭

"Pahit pahit.." 😭

"Maka, cintalah Allah, maka kita akan terus jadi hamba yang sentiasa taat. Amin insha Allah."

****

🌸 Cinta Khaliq VS Cinta Makhluq 🌸

Khaliq itu siapa? Dan makhluq itu siapa? Khaliq itu, Allah. Tuhan kita. Dan makhluq itu, kita. Yang serba serbi kurang.

Bila sembang soal cinta, pakat dok teringat romance antara Monday Couple, Gary & JiHyo, atau Aaron Aziz & Maya Karin dalam Ombak Rindu.

Walhal, sebenarnya cinta itu suci. Tak sepatutnya benda suci bercampur dengan benda dosa.

Cinta ibarat susu sebelanga, dan dosa ibarat nila setitik. Bila cinta dibawa dalam jalan dosa, maka rosak semuanya.

****

"Akak! Saya cinta dia. Saya takut dia jatuh ke tangan orang lain. Sebabtu saya ikat dia awal awal."

- Ikat dengan cara apa? Cara haram? 😏

"Akak! Kami saling mencintai kerana Allah. Insha Allah, saya nak bawa dia ke syurga. Hubungan kami till Jannah."

- Niat tak pernah menghalalkan cara. dgn cara kamu jaga hubungan kamu tu, till Jannah atau till Jahannam? 😏

"Alaaaa lek aa. common aa semua orang couple. Zaman dah maju kot. Jgn ketinggalan sangat."

- Betul. Zaman dah maju, tapi zaman tak pernah menghalalkan dosa yang jelas haram. What is wrong is wrong even everyone is doing it. What is right is right even when you are the only one doing it 😉

#WakeUpCalls
#iman
#MeremajakanDiri

ATTA'HIYYAAT

Harini kami nak kongsi sedikit ilmu...Insha  Allah...

ADAKAH ANDA TAHU LATAR BELAKANG ATTA'HIYYAAT Serta Mengapa Kita Baca Dalam Solat Kita?

ATTA'HIYYAAT adalah doa yang sangat penting; kita mengulanginya di dalam solat harian kita. Apabila saya mendapat tahu akan kepentingan ini, amat tersentuh hati saya.
ATTA'HIYYAAT sebenarnya adalah sebahagian daripada perbualan antara Pencipta kita Allah SWT dan yang kita kasihi Nabi Muhammad SAW semasa perjalanan Isra' Mi’raj.
Ketika Nabi Muhammad SAW bertemu Allah SWT, dia tidak berkata 'Assalamualaikum'. Apakah yang seseorang akan berkata apabila dia bertemu Allah? Kita tidak boleh mengucapkan selamat sejahtera kerana semua sumber kesejahteraan adalah melalui Dia.

Jadi Nabi Muhammad SAW berkata:
"Attahiyyaatul Mubaaraka TusSolawaatut toyibaatulillah" (Segala pujian, segala doa dan ibadah hanyalah untuk Allah)

Allah jawab:
"Assalamu Alaika Ayyuhannabiyyu 'Warahmatullahi Wabarokaatuh" (Salam sejahtera ke atas kamu, Wahai Nabi dan Allah memberi rahmat dan keberkatan).

Untuk ini, Nabi Muhammad SAW menjawab:
"Assalamu 'Alaina Wa'ala'Ibadillahis So'lihin" (Selamat sejahtera kepada kami dan kepada semua hamba yang baik kepada Allah)
Nota * Nabi Muhammad SAW mengata "kami" dalam jawapan ... (dan pada semua hamba yang baik kepada Allah)

Dan mendengar perbualan ini antara Allah dan Rasul-Nya, para malaikat berkata:
"Ash'had'u'an La ilahaillallah Wa Ash'hadu Anna Muhammadun Abd'uhu Wa Rasuuluh"
(Aku bersaksi bahawa tiada siapa yang berhak disembah melainkan Allah Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya).

SubhanAllah!
Saya kini memahami kepentingan perbualan ini dalam doa harian kita dan bagaimana Solat telah ditetapkan kepada kita.

Apa yang anda fikir perlu anda lakukan dengan ini? Bayangkan jika orang lain membacanya hanya kerana anda. Ingat saya dalam doa anda, Aamiiiin!

Wallahua'lam...
Terima kasih keranaa sudi baca...

Jangan lupa untuk tekan butang 'SHARE' semoga orang lain pun tahu..
Insha Allah...

C.O.N.T.R.O.L



Erm.

Suka itu fitrah.

Fitrah perempuan mmg suka lelaki. 

Siapa menafikan, means dia lari dari peraturan ciptaan manusia.

Secara kasar, tak betul.

Tapikan.

Fitrah perlu dikawal.

Makan juga fitrah.
Cuba bayangkan jika kita makan tanpa henti tanpa kawalan ? ..

................................................................☕..............❓❓❗❗

Tidakkah ia membawa kita pada kemudharatan ?

.................

So same la mcm ..❤.

Kita suka someone.
Tidak menjadi kesalahan.

Love is not a crime. ..

C O N T R O L .

How ?

K.
Ini menurut saya

..................

..

Dari mata turun ke hati.
..
..

Agree ?

K. Kalau tak pernah nampak masakan boleh melekat kat hati. Kihkih.

So, 

Lower your gaze.
Jaga pandangan.

Tapi,
Susahkan nak jaga pandangan bila kita dah suka orang tuh ?

Mesti asyik tercari-cari.
Mesti ternanti-nanti.
Ceh. Jangan tipu ..

P A K S A.

Bila nampak je,
Terus palingkan muka.
Paksa.

Tahu tak kadang masalah ini adalah ujian untuk awak.

Nak uji iman dalam hati ..

So, kuat sikit la awak.
Okaay ✊

Cuba tanamkan sikit dalam hati tuh rasa nak buang perasaan tuh.

Sbb kalau dah byk sgt rasa dlm hati tuh, tak elok sangat ..

..

Tanamkan rasa nak jaaaauh dari dia.

Jauh itu bukan maksudnya, tanak gi memana sbb takut terserempak dgn dia ..

Jauh itu maksudnya, cuba jgn buat something yg berkait dgn dia.

Alaa faham faham lah ye ..

..

Sibukkan diri dengan urusan lain yang lebih bermanfaat.

Sibukkan diri dekat dengan Allah.

Minta Dia bagi kekuatan & petunjuk.

Sebab Dia tahu.

Sibukkan diri dengan belajar.
Sibukkan diri dengan dakwah.

Kadang, saja syaitan datang cucuk-cucuk suruh ingat laki tuh. ..

Lawanlah ! 

Istighfar ! 

In Shaa Allah, Allah tolong.

Sibukkan diri sampaaai tak ingat laki tuh.

Sebab apa?

1. Takut takut akhirnya bukan jodoh kita pun. Pastu menyesal sbb dulu dok teringat dia je sampai semua keje tak buat.

Sia-sia.

2. Sedang kita fikir adakah laki tuh jadi hubby kita, rupanya malaikat maut datang dulu. ..

Tak ke rugi ?
Huwaa.

Tahu tak.
Remaja remaja jadi lemau.
Sebab apa ?

Sebab asyik fikirkan soal jodoh.

Ingat hidup kat dunia ni semata cari jodoh ke ?

....................

Mesti kata,

"Ah. Bisingla kau. Blablabla"
"Kau tak rasa apa aku rasa"
"Easy to say, hard to do, bro"

Sabaq.
Bawa bertendang.

Awak.
Dengar sini, 

Bukan awak sorang je yang ada masalah .. mcm tuh. Saya rasa semua orang pernah lalui.

Beza mereka dengan kita,

Mereka berjaya atasi.
Tak meroyan.
Tak terjun gaung.

Haa.

Saya juga pernah 
Peace no war️

Cuba fikir.

Pasti ke laki tuh suami aku ?

Ntah ntah suami orang lain. Huwaa malunye ..

Sia-sia kan ?

Berbaloi ke termenung, down tetibe tanpa asbab yg kukuh ? Padahal kadang tuh, kita yg overreact. ..

Malu double. ....

Pastu, kalau kita overreact mcm ni takut nanti tak boleh terima if dia nikah dengan orang lain.

Hahahahahaha. Kejam.

What ? Tak mustahil right ? 

Sbb tuh, jgn layan sangat.
Kadang itu semua nafsu semata.

...................

K.

Kadang fikir.

Betul ke perasaan ni ?

Patut ke teruskan cinta suci ini ?

Cewaaah.

Dengaq ni.

Semua benda, Allah yang tahu.

Maka mintak petunjuk dari Dia.

Banyak kebetulan dengan dia tak semestinya itu signal ada jodoh dgn dia. 

Awak,

Kalau ada jodoh, tak kemana.
Kalau ada,
Pasti, In Shaa Allah,
Dia akan datang menjemput awak jua sebagai bidadarinya ..✨

Jadi.

Apa kata sekarang kita persiapkan diri untuk menjadi orang yang hebat + solehah.

Laki yang awak suka tuh mesti seorang yg hebat soleh baik comel pemurah suka tahajud rajin study suka senyum hormat cikgu mak ayah kan ?

Perempuan baik untuk laki baik.

Kan ?

Maka, persiapkan diri kita.

Jika betul dia jodoh kita,

Tika dia datang menjemput kita,

Kita juga sudah bersedia dengan Allah teguh di hati, agama disisi, akhlak tertanam pada jiwa. Hadiah untuk si dia.

Semoga berjaya.
May Allah ease everything ..


#NoteToMyself