Wednesday 6 September 2017

Qada dan Qadar Allah




Saya tahu sekarang ini musim kahwin dan ramai lelaki dan perempuan yang saat ini merasa jeles, rasa diri tak laku. Rasa nak juga nikah muda. Untuk kamu yang ada 'rasa' sebegitu. Mungkin kerana hingga saat ini masih lagi belum menikah atau masih lagi berstatus single. 

Usah bersedih hati kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Pasti ada sesuatu yang Allah nak ajarkan kepada kita. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Kita dah usaha, iktiar cari calon. Tapi jodoh masih lagi tak kunjung tiba. 

Jangan bersedih hati. Cubalah teman masa single ini ubah dulu sikap kita yang tak boleh nak bersabar, ubah dulu sikap kita yang asyik nak marah-marah. Mudah melenting dan sebagainya. Nanti bila nikah saat Allah beri ujian. Mungkin ketika itu kita boleh berfikiran secara rasional kerana sebelum nikah kita dah latih diri kita. 

Masa single ini cubalah baiki hubungan kita dengan Allah yang masih lagi di buat sambil lewa. Masih lagi cari Allah bila perlu sahaja. Masih lagi tak solat penuh 5waktu, yang perempuan pula aurat masih lagi belum menutup dengan sempurna. Kerana ramai orang hari ini yang nikah muda baru setahun dua dah bercerai. Dan di antara punca utama kerana tak jaga solat, tak jaga hubungan dengan Allah. 

Bagaimana ya kita nak bina alam rumah tangga yang mawaddah, rahmah wa sakinah kalau hubungan kita dengan Allah pun kita tak jaga? Bukankah bahagia dalam rumah tangga itu terletak pada sejauh mana kita meletakkan Allah dalam kehidupan kita? Dan bukankah pada Agama itu jelas ada kejayaan?

Teman,

Banyak lagi perkara dalam hidup ini yang perlu kita fikirkan selain hanya fikir soal jodoh. Contohnya kita mengaji lagi, tuntut ilmu dunia dan akhirat. Tak kahwin lagi tak semestinya kita tak bahagia atau bila kita masih single lagi bukan bermakna yang kita tak laku jadi andartu gitu.

Tidak teman bukan begitu. Kerana soal jodoh ini, ajal maut Allah sudah menetapkan segalanya sejak dari lauh mahfuz lagi. Tinggal kita hanya perlu yakin kepada qada dan qadar Allah, dan pasti Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita kerana Allah llah punya perancangan itu lagi hebat daripada perancangan kita.

Mungkin masa belum kahwin inilah Allah nak tarbiah kita supaya lebih bersiap sedia untuk pikul tiap tanggungjawap selepas dah nikah nanti. Didik kita supaya perbaiki hubungan dengan Allah dahulu. Perbaiki solat, tutup aurat dan sebagainya.

Soal jodoh ini usah resah gelisah, andai tiada di dunia. Insya Allah di akhirat sana Allah sudahpun sediakan seseorang yang istimewa buat kita. Di dunia kita cuma persiapkan diri saja. Kumpul bekal untuk di bawah balik untuk berjumpa Allah. 

🙂

Sunday 15 January 2017