Wednesday 6 September 2017

Qada dan Qadar Allah




Saya tahu sekarang ini musim kahwin dan ramai lelaki dan perempuan yang saat ini merasa jeles, rasa diri tak laku. Rasa nak juga nikah muda. Untuk kamu yang ada 'rasa' sebegitu. Mungkin kerana hingga saat ini masih lagi belum menikah atau masih lagi berstatus single. 

Usah bersedih hati kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Pasti ada sesuatu yang Allah nak ajarkan kepada kita. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Kita dah usaha, iktiar cari calon. Tapi jodoh masih lagi tak kunjung tiba. 

Jangan bersedih hati. Cubalah teman masa single ini ubah dulu sikap kita yang tak boleh nak bersabar, ubah dulu sikap kita yang asyik nak marah-marah. Mudah melenting dan sebagainya. Nanti bila nikah saat Allah beri ujian. Mungkin ketika itu kita boleh berfikiran secara rasional kerana sebelum nikah kita dah latih diri kita. 

Masa single ini cubalah baiki hubungan kita dengan Allah yang masih lagi di buat sambil lewa. Masih lagi cari Allah bila perlu sahaja. Masih lagi tak solat penuh 5waktu, yang perempuan pula aurat masih lagi belum menutup dengan sempurna. Kerana ramai orang hari ini yang nikah muda baru setahun dua dah bercerai. Dan di antara punca utama kerana tak jaga solat, tak jaga hubungan dengan Allah. 

Bagaimana ya kita nak bina alam rumah tangga yang mawaddah, rahmah wa sakinah kalau hubungan kita dengan Allah pun kita tak jaga? Bukankah bahagia dalam rumah tangga itu terletak pada sejauh mana kita meletakkan Allah dalam kehidupan kita? Dan bukankah pada Agama itu jelas ada kejayaan?

Teman,

Banyak lagi perkara dalam hidup ini yang perlu kita fikirkan selain hanya fikir soal jodoh. Contohnya kita mengaji lagi, tuntut ilmu dunia dan akhirat. Tak kahwin lagi tak semestinya kita tak bahagia atau bila kita masih single lagi bukan bermakna yang kita tak laku jadi andartu gitu.

Tidak teman bukan begitu. Kerana soal jodoh ini, ajal maut Allah sudah menetapkan segalanya sejak dari lauh mahfuz lagi. Tinggal kita hanya perlu yakin kepada qada dan qadar Allah, dan pasti Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita kerana Allah llah punya perancangan itu lagi hebat daripada perancangan kita.

Mungkin masa belum kahwin inilah Allah nak tarbiah kita supaya lebih bersiap sedia untuk pikul tiap tanggungjawap selepas dah nikah nanti. Didik kita supaya perbaiki hubungan dengan Allah dahulu. Perbaiki solat, tutup aurat dan sebagainya.

Soal jodoh ini usah resah gelisah, andai tiada di dunia. Insya Allah di akhirat sana Allah sudahpun sediakan seseorang yang istimewa buat kita. Di dunia kita cuma persiapkan diri saja. Kumpul bekal untuk di bawah balik untuk berjumpa Allah. 

πŸ™‚

Sunday 15 January 2017

Thursday 29 December 2016

Quotes #13



Never cry for someone who hurts you, just smile and say "thanks for giving me a chance to find someone better than you." ☺

Sunday 27 November 2016

Kaki cantikmu aurat, ukhti !



Kisah kaki aurat😊

Kaki adalah aurat. Saya dah lama tau pasal tu. Dari zaman sekolah. Saya pun pelajar sekolah agama. Namun, malangnya, pada zaman sekolah,  saya pakai setokin bukan sebab Allah, tapi sebab peraturan sekolah. 

Pada minggu pertama di universiti, saya didatangi satu kumpulan mahasiswi bertudung labuh. Saya tersengih-sengih sahaja tatkala mereka memujuk saya untuk menutup kaki. 

"Pakailah stokin macam kami. Insya-Allah, nanti kaki kita cantik dan lembut sebab tak kena debu-debu jalan." Begitu pesan mereka. Begitu berhikmah sekali. Langsung tidak disebut tentang dosa dan neraka, barangkali kerana mereka yakin saya sudah mengetahuinya. 

Malangnya, hati saya tetap tidak terkesan dengan kaedah psikologi yang mereka gunakan. Masya-Allah.. betapa kerasnya hati ini. :-(

Ketika detik-detik awal perkahwinan, suami pula berbunyi..
"Sayang, nanti pakai setokin ya. Allah dah suruh tu, kita buat sajalah. Buat apa nak lawan? " Pujuk suami bersahaja sambil menghadiahi beberapa pasang setokin kepada saya. 

Alahai.. Saya masih memandang tuntutan ini sambil lewa. Namun, saya tidak pula berani membantah arahannya. Adakalanya bila keluar saya pakai juga..tapi pada kebanyakan masa, saya selalu lupa atau buat-buat lupa. 

Bila suami tengok saya tak pakai setokin bila keluar, dia tak marah. Cuma dia buat muka bad mood dan tak nak bercakap dengan saya. Sekali..dua kali.. saya buat tak tahu saja. Tapi dia terus 'boikot' saya setiap kali saya keluar tak pakai setokin. Lama kelamaan, saya jadi rimas dengan 'penyepiannya'. Maklumlah, saya ni jenis suka bercerita. Kalau dia buat tak tahu saja bila saya cakap, aduhai..betapa menderitanya!

Akhirnya, saya mula serik. Setiap kali keluar, saya akan pakai setokin. Masih  bukan sebab Allah.. tapi sebab suami. Sebab saya tak nak bercakap sorang-sorang lagi. Namun, lama kelamaan memakai setokin sudah jadi kebiasaan saya. Di depan suami saya pakai bahkan kalau dia tak ada pun, saya akan pakai juga. Kalau tak pakai, dah mula rasa tak selesa.. dah mula rasa berdosa. Akhirnya, saya istiqamah menjaga tuntutan agar menutup kaki sehingga kini dan moga amalan ini kekal hingga tercabut nyawa dari jasad ini. Amin ya Allah. 

Sahabat yang baik.. 
Sekadar mengulangi pesanan yang pernah saya terima.. "Kalau Allah dah suruh tu, kita buat sahajalah!" Memang betul, kan? Buat apa kita nak lawan, buat apa kita nak tunjuk keras kepala kita? 

Tutuplah aurat kita.. kaki pun aurat juga. Pakailah setokin. Macam kes saya, kaedah psikologi tidak berjaya.. tapi berjaya juga dengan kaedah 'terpaksa'. Mula-mula mungkin susah memujuk hati agar ikhlas dan tidak rimas... namun percayalah.. akan sampai peringkat di mana kita akan terbiasa akhirnya. 

Ayuh pujuk hati sendiri.. bantu diri kita untuk mendapat tiket ke syurga-Nya. Mana tahu, mungkin niat sekecil memakai setokin ini yang menjadi asbab kita mendapat rahmat dan hidayah dari-Nya. Kalau semalam, kita tidak menutup kaki, mulakannya hari ini. Sekurang-kurangnya kita sudah pun menjadi orang beruntung yang punya hari lebih baik dari semalam.. seperti yang disebut oleh Baginda Nabi. 

Jom pakai setokin mulai hari ini.. Ikhlas atau tidak belakang kira.. yang penting, ia wajib hukumnya.. Tutup aurat jika tidak ikhlas mungkin tidak mendapat pahala.. namun, sekurang-kurangnya, kita tidak berdosa! Kita cuba ya..

Friday 19 August 2016

screaming inside



i am screaming inside


Kau tak tahu kan ? Tolong siapa pun kau, aku mohon kau pergi jauh dari aku. Gerak geri kau melukakan aku. Mungkin tanpa kau sedari, namun itu hakikat yang kau memang kena pergi jauh dari aku.

Jangan sampai aku bertindak tunjukkan diri aku siapa sebenarnya. Kau akan menyesal.

HATI gelap



Lirik Lagu Ungu – Kekasih Gelapku
***
Kumencintaimu lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tau
Kumencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku

Ha…, ha…
Kutahu kutakkan slalu ada untukmu
Di saat engkau merindukan diriku
Kutahu kutakkan bisa memberikanmu waktu
Yang panjang dalam hidupku

Yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
Yang kucari s’lama ini dalam hidupku
Dan hanya padamu kuberikan sisa cintaku
Yang panjang dalam hidupku…, haa…Hidupku…haa…


Malam ni malam jiwang lepas stress. heee bole kot dipanggil sebagai malam jiwang sebab mood belajar menurub serta merta. :) 
Kau kekasih gelap aku atau sebenarnya aku kekasih gelapmu ?

.


Tuesday 21 June 2016

Misi 4.00 bersama

Jom guys misi 4.00 bersama2 ......

πŸ…πŸ…πŸ…πŸ…πŸ…πŸ…πŸ…πŸ…πŸ…πŸ…

1... *Tetapkan matlamat*... Contoh: semester ni CGPA 4.00. Semester ni nak 3.7. Semester ni nak try atas 3.0.

2... *Susun subjek-subjek mengikut keutamaan*...Susunan keutamaan diberikan kepada subjek yang paling susah / perlu diberi perhatian serius sehinggalah subjek yang dah mantop.

3.πŸ—“ *Jadual study*.πŸ—“Tetapkan jumlah jam study bagi setiap subjek. Study 50 minit. Rehat 10. Kemudian sambung subjek tu atau tukar subjek lain ikut jadual. Subjek susah lebihkan masa. Jadual jangan padat sampai tak sempat nak makan.

4. .... *Kenalpasti masa aktif anda*..... Kalau jenis lepas subuh tidur balik, jangan letak subjek berat anda waktu pagi. Letak subjek susah pada waktu aktif.

5. . *Tidur 5 jam dah memadai*..Tidur kena jaga. Sebelum tidur study subjek paling susah. Bangun tidur sambung subjek paling susah tu jugak.

6.πŸ–Š *Study sambil kunyah kismis*... Minum air lebih. Jika anda jenis suka study dengar lagu, pilihlah lagu yang menenangkan (lebih baik dengar bacaan Quran). Siapa jenis suka study sunyi-sunyi cari la tempat seperti perpustakaan. Study di masjid ada keberkatannya. Rumah Allah kan.

7. ❌ *Elakkan*.❌ study di bilik tidur atau mana-tempat tempat yang ada bantal atau tilam atau selimut. Tetiba je nanti dah berselubung.

8. ....Penat-penat study tu rehat kejap *call mak ayah*. ..Minta doakan. Dengar suara mak ayah ni menenangkan. Doa mereka pun dimakbulkan.

9.πŸ‘ͺ Siapa yang sempat balik, *tatapkan* muka mak ayah  tu sebelum exam....... Walau nanti kawan-kawan perli kita rajin belajar, at least kita tahu kita nak jalankan tanggungjawab kat mak ayah yang memberi kepercayaan kepada kita.

10. ✍..Study tu kena *aktifkan semua pancaindera*.πŸ—£ Baca dengan suara perlahan bagi telinga kita dengar. Tulis nota. Warnakan. Bila guna semua pancaindera, lebih kuat ingatan.

11.⚠ *Lepas subuh baca yasin* ☪ atau mana-mana surah. Lepas solat, jangan malas doa. *Solat hajat doa sungguh-sungguh. Bagi tenang baru mula study*.

12.πŸ•Œ Beri *masa lebih bersama Dia*(jangan gopoh sangat solat).. Dia akan beri masanya bersama kita. Bagaimana? Misalnya kita cepat faham. Jadi banyak masa jimat. Tak ada la asyik ulang benda sama tak faham-faham dan masa terbazir.

13... *Jangan bergantung* ..pada nota kawan (dia tak bagi semua tu) haha. Jangan bergantung pada nota kuliah. Jangan bergantung pada soalan exam lepas. Untuk letak diri anda pada level yang berbeza dengan rakan sekelas, carilah dan tambahlah sumber berautoriti lain. Lecturer pun suka ada input tambahan.

14. .. Study tak faham! *Tanya yang faham*... Tak faham juga tanya yang boleh memahamkan. Baca tak faham. Ulang baca. Tak faham juga. Baca lagi. Biar jatuh biji mata. Pasang balik dan sambung baca. Jangan putus asa.

15. .. *Kenal pasti cara study* ..terbaik untuk subjek anda. Jika study group itu terbaik, buat la study group. Kalau rasa study sendiri terbaik, study la sendiri.

16.❗ *Jangan asyik sebut susah*.❗ Bila selalu sebut susah. Memang la jadi susah. Kurangkan mengeluh. Mengeluh hanya tambah masalah. Mengeluh tu sendiri pun satu musibah. Rilex. Cari solusi.

17. πŸ—“ *Semak jadual exam*.πŸ—“ Study subjek yang last dulu kemudian baru yang awal-awal. Kemudian nanti ada masa renggang ulang subjek yanglast-last. Utamakan juga subjek yang dekat-dekat harinya. Mana subjek yang ada gap tu boleh la kemudiankan.

18.πŸ—’ *Guna sticker note*.. untuk ringkasan maklumat buku dalam muka surat tertentu. Nanti laju sikit baca. Terus tengok point penting kat sticker notes je.

19... *Tolong kawan* yang tak faham. .. Bila kita ajar orang, kita akan lebih faham. Faham?

Good luck for final guyss.

πŸ…πŸ…πŸ…πŸ…πŸ…πŸ…πŸ…πŸ…πŸ…πŸ