Tuesday 12 January 2016

Srikandi #2



                                     Sirah :
               "Srikandi Penegak Islam."

"Asal muka sememeh? Nangis?"

Azwanis mencari arah suara yang menyapa.

Mata menangkap kelibat sahabat karibnya, Afi dan Fairuz.

"Aku dah clash."๐Ÿ˜ญ

"Baguslah."๐Ÿ˜Œ

"Tapi sebelum ni bukan main dia cakap dia sayang aku la, tak kan pernah cari lain la.. at last....."๐Ÿ˜ญ

"Kau sayang Rasulullah?"

"Mestilah sayang. Kau kenapa tanya soalan random ? Dah la tak ada kaitan dengan masalah aku sekarang."๐Ÿ˜’

"Kau kenal Nusaibah binti ka'ab?"

"Tak. Che Nusaibah kenal la." Balas Azwanis geram apabila soalannya juga dibalas dengan soalan. Nama sahabat mereka yang kecil molek dipetik.

"Eh budak ni. Aku serius dia main-main."๐Ÿ˜’

"Haha.. betul la tak kenal. Tak pernah dengar pun namanya."๐Ÿ˜›

"Siapa Nusaibah binti Ka'ab Afi?"

Fairuz yang tadinya hanya menjadi pendengar setia mencelah.

" Nusaibah binti ka'ab ni salah seorang daripada serikandi Islam dan juga pejuang Muslimah Islam yang pertama."

"Jadi apa kaitannya Nusaibah binti Ka'ab dengan cerita aku putus cinta?"

Azwanis bertanya ingin tahu. Tak puas hati bila Afi mengubah fokus perbualan mereka.

" Dan buat pengetahuan korang jugak Nusaibah binti ka'ab atau dikenali juga sebagai Ummu Imarah sangat cinta akan agama dan rindu kepada syahid. Buktinya beliau tak akan pernah melepaskan diri dari turut serta dalam kebanyakan peperangan antara Islam menentang kuffar.

Beliau antara individu yang  turut serta dalam Perang Uhud, Perang Hudaibiyyah, Perang Hunain dan Perang Yamamah serta menyaksikan Bait al-Aqabah." 

Terang Afi panjang lebar membiarkan persoalan Azwanis tidak berjawab.

"Dan paling aku salute, sebab beliau  serikandi yang sangat berani. Lebih berani daripada pemuda zaman sekarang. Korang tau kenapa?"

Serentak Azwanis dan Fairuz menggelengkan kepala tanda tidak tahu.

" Sebab setiap kali peperangan beliau akan pastikan dirinya sentiasa ada di barisan paling hadapan perjuangan dan beliau seakan tak rela jika dirinya termasuk dalam kalangan orang yang tertinggal. Beliau tak akan pernah membiarkan  posisi berharga tersebut digantikan oleh orang lain,sebab tu  Nusaibah binti Ka'ab  tak pernah memilih bahagian yang teringan dalam perjuangan."

"Sebelum aku sambung cerita aku ni, nak tanya sikit, hari ni berapa kali dah kita  selawat?"

Azwanis dan Fairuz terdiam. Liur yang ditelan seakan berpasir.

"Tak pe tak payah jawab. Soalan tu bukan untuk korang je, tapi untuk aku jugak."

Afi bertindak memecah kesunyian setelah persoalan yang dilontarkan sebentar tadi membuatkan dua rakannya terdiam.

 Mungkin sedang menghitung berapa banyak selawat yang telah meniti dibibir mereka untuk hari ini. 

Kemudian nafas ditarik dalam sebelum menyambung cerita   tentang 'Sang Pedang Rasulullah'.

"Berbalik kepada kisah Srikandi hebat tadi, Pernah dalam Peperangan Uhud, saat  kaum muslimin leka mengutip harta rampasan perang dan kemudian diserang  oleh pihak lawan dan membuatkan ramai yang lari menyelamatkan diri.

 Jadi masa tu kaum kuffar laknatullah dah sedia  nak hunus pedang ke arah Rasulullah dan tanpa buang masa Nusaibah bangun mempertahankan Rasulullah dari panah-panah dan hunusan pedang musuh.

Dan cintanya Beliau terhadap Rasulullah membuatkan beliau sentiasa dekat dengan Rasulullah sepanjang peperangan berlangsung."

"Itu tanda cintanya beliau terhadap Rasulullah."

Dan kita hari ini? Bila tanya kita cinta tak Rasulullah? Lancar je bibir kita jawab sayang. Seakan itulah jawapan skema yang termaktub dalam kamus yang bergelar muslim."

"Afii"๐Ÿ˜ญ

"Dah kenapa korang berdua nangis pulak ? Bukan main aku bagi cerita penuh inspirasi "๐Ÿ˜…

"Sebab ayat kau tu macam anak panah Ummu Imarah . Tepat kena kat jantung kitorang. Pedih weh"๐Ÿ˜ญ

"Pulak.. okok.. kejap"๐Ÿ˜…

Tangan Afi mencapai tas tangan yang terletak elok di atas meja kopi. Kemudian dihulurkan sesuatu kepada Azwanis dan Fairuz yang setia menanti.

"Nah!"

"Nak buat apa dengan plaster dan gula-gula ni?"

Tanya Fairuz hairan. Muka yang tadinya kelat bertukar bingung. Namun huluran sahabatnya tetap disambut.

"Untuk tutup luka di hati dan hilangkan pahit di tekak korang..haha"๐Ÿ˜†

"Afiiiii!"๐Ÿ˜ค

Serentak bantal kecil di baling tepat mengenai kepala Afi. Geram kerana dipermainkan.

Mereka gelak jemaah.

"Jadi cerita aku relate tak dengan kisah kau wawa?"

"Sangat related. Sekarang ni aku sedar yang sebenarnya aku dengan ex-bf aku tu sama je. Aku kata aku cinta Allah, cinta Rasulullah tapi tindakan aku tak sama dengan pengakuan aku. Selawat pun jarang-jarang. 

Sama la macam ex-bf aku, cakap sayang tapi last mintak clash bahkan tak pernah mengingatkan aku tentang Allah dan paling teruk buat aku makin dekat dengan jurang neraka."๐Ÿ˜ญ

Piinn..pinn....

Bingit hon kereta menghentikan perbualan mereka.

"Dah..dah.. sambung nangis kejap lagi.. Izzah dah sampai tu. Kan membebel pulak Syafikah, kita janji dengan dia sampai rumah dia pukul 2, ni pukul 2 baru nak gerak dari rumah. Kesian baby Adhwa mesti dari tadi tunggu aunties dia ni tak sampai-sampai  "๐Ÿ˜’

"Entahlah kau ni Wawa.. kalah baby Adhwa."๐Ÿ˜œ

"Ye la.. dah siap la ni. Tapi yang pasti bukan Syafikah yang membebel. Tapi kau yang membebel."๐Ÿ˜’

Sempat Azwanis menghantar jelingan tajam buat Afi dan Fairuz.

Dan sekali lagi ketawa mereka bersatu.

P/s: itulah persahabatan kerana Allah, Menyedarkan bila terleka. Dan itulah keimanan, menerima walau kenyataanya perit untuk ditelan.

#WakeUpCalls
#iman
#MeremajakanDiri

Srikandi #1





                                     Sirah :
             "Srikandi Penegak Islam."

ุจِุณูۡ…ِ ูฑู„ู„ู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญูۡ…َู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِูŠู…ِ

Syukur Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk merasakan nikmat di tahun baru 2016. ๐Ÿ˜Š 

Ayuh,luangkan sedikit masa mengenali serba sedikit mengenai puteri kesayangan Rasulullah s.a.w iaitu Sayyidatina Fatimah Azzahra๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ


๐Ÿ”ฎMenurut mutiara kata Ibnu Rusyd :
"Kepuasan jiwa kerana mencari ilmu pengetahuan itulah kepuasan yang sejati"

๐ŸŒน๐ŸŒนFATIMAH AZZAHRA๐ŸŒน๐ŸŒน

๐ŸŒนSuami kepada Fatimah Azzahra,Saidina Ali bin Abi Talib  menceritakan bahawa  isterinya Fatimah menggunakan tangannya untuk mengisar bijian yang menyebabkan tangannya menjadi kasar. Beliau juga mengisi air ke dalam bekas yang dibuat daripada kulit dan membawa bekas itu ke rumah sehingga meninggalkan kesan di dadanya akibat daripada tali bekas tersebut. Beliau sendiri yang menguruskan rumahnya,menyapu dan sebagainya sehingga menyebabkan pakaiannya selalu kotor.

๐ŸŒนFatimah memberitahu Rasulullah" aku dan Ali hanya mempunyai satu alas tidur,itu pun daripada kulit domba. Pada malam hari kami membentangkan alas itu dan kami tidur di atasnya dan pada waktu siang hari kami tabur rumput dan bijian di atasnya untuk memberi makan unta.

๐ŸŒนRasulullah saw bersabda:
"Wahai anakku, bersabarlah. Nabi Musa dan isterinya memiliki hanya satu alas tidur sahaja sehingga sepuluh tahun. Itupun hanya jubah Nabi Musa as. Itulah yang dibentang dan mereka tidur di atasnya. Takutlah kepada Allah swt hasilkan sifat taqwa dan tunaikanlah tugas dan kewajipanmu terhadap Allah dan sempurnakanlah tugas²  rumahtanggamu. Apabila kamu hendak tidur bacalah "subhanallah" 31x
"Alhamdulillah" 31x
"Allahuakbar" 31x. 
Amalan ini lebih baik bagi kamu daripada hamba.

Fatimah pun berkata:  "aku redha dengan Allah dan RasulNya."

~Hadis Riwayat Abu Daub~

Subhanallah,๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ
Lihatlah, beginilah kehidupan puteri ketua segala rasul. Sekiranya di kalangan kita hari ini terdapat seseorang yang mendapat pendapatan lebih sedikit, kita bukan setakat tidak melakukan urusan rumahtangga malah urusan dirinya sendiri pun tidak mampu dilakukan.


๐ŸŽ€๐ŸŽ€๐ŸŽ€
Sayyidatina Fatimah Az-Zahra.
pemimpin wanita ke  syurga..๐ŸŽ€๐ŸŽ€๐ŸŽ€
 
Waallahualam.


#WakeUpCalls
#iman
#MeremajakanDiri

C.I.N.T.A #1



                         Syariat :
    "Cinta Khaliq Vs  Cinta Makhluq"

Al-Quran bersalut warna merah hati itu dikucup berkali-kali.
Ada sesuatu perasaan yang dirasa.....
Ya, ketenangan..๐Ÿ˜Š
Terasa tenang..
setenang ruang maghrib..dan ketenangan itu mengundang air mata.๐Ÿ˜ข

Perlahan-lahan kaki diatur ke ruang beranda.
Sunyi.....seperti hatinya yang sunyi.
Sunyi dari cinta...
Sakit..pedih..rindu..
Hati meronta-ronta untuk dikasihi kembali.
Terasa beban di jiwa dan di bahu sangat berat.๐Ÿ˜”
Allahuakhbar!!

Sering kali terlupa pada cintaMu disaat hati ini senang..
hanya mengadu di saat diri ini rebah..
betapa egonya diri ini untuk menagih kasihMu..
๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท

Allah itu Maha luas pengampunannya..
Dia yang menggerakkan hati kita supaya rasa bersalah.
Maka itulah tandanya supaya kita kembali padaNya..mendekat diri denganNya.❤

Sakitnya putus cinta hanya ibarat digigit semut ๐Ÿœ..tapi apabila Allah memutuskan cintaNya dengan kita..
Subhanallah...hidup kita tidak akan pernah tenang..tidak akan menerima keredhaan Allah.๐Ÿ˜Ÿ

Semoga Allah swt tidak melepaskan hati2 kita disaat Allah membolak-balikkannya.

 
Wallahua'lam...
 

#WakeUpCalls
#iman
#MeremajakanDiri

C.I.N.T.A #2



                         Syariat :
    "Cinta Khaliq Vs  Cinta Makhluq"
 

"Sesungguhnya seseorang itu akan menjadi hamba kepada apa yang dia cintai."

Kata2 ustaz Hussaini berlegar2 di dalam kepala. Tiba2, Alya memecahkan kesunyian.

"Kau hamba apa..?"

"Hamba... persatuan. Hamba katil. Hamba study. Hamba cinta manusia." ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

"Pahit pahit.." ๐Ÿ˜ญ

"Maka, cintalah Allah, maka kita akan terus jadi hamba yang sentiasa taat. Amin insha Allah."

****

๐ŸŒธ Cinta Khaliq VS Cinta Makhluq ๐ŸŒธ

Khaliq itu siapa? Dan makhluq itu siapa? Khaliq itu, Allah. Tuhan kita. Dan makhluq itu, kita. Yang serba serbi kurang.

Bila sembang soal cinta, pakat dok teringat romance antara Monday Couple, Gary & JiHyo, atau Aaron Aziz & Maya Karin dalam Ombak Rindu.

Walhal, sebenarnya cinta itu suci. Tak sepatutnya benda suci bercampur dengan benda dosa.

Cinta ibarat susu sebelanga, dan dosa ibarat nila setitik. Bila cinta dibawa dalam jalan dosa, maka rosak semuanya.

****

"Akak! Saya cinta dia. Saya takut dia jatuh ke tangan orang lain. Sebabtu saya ikat dia awal awal."

- Ikat dengan cara apa? Cara haram? ๐Ÿ˜

"Akak! Kami saling mencintai kerana Allah. Insha Allah, saya nak bawa dia ke syurga. Hubungan kami till Jannah."

- Niat tak pernah menghalalkan cara. dgn cara kamu jaga hubungan kamu tu, till Jannah atau till Jahannam? ๐Ÿ˜

"Alaaaa lek aa. common aa semua orang couple. Zaman dah maju kot. Jgn ketinggalan sangat."

- Betul. Zaman dah maju, tapi zaman tak pernah menghalalkan dosa yang jelas haram. What is wrong is wrong even everyone is doing it. What is right is right even when you are the only one doing it ๐Ÿ˜‰

#WakeUpCalls
#iman
#MeremajakanDiri

ATTA'HIYYAAT

Harini kami nak kongsi sedikit ilmu...Insha  Allah...

ADAKAH ANDA TAHU LATAR BELAKANG ATTA'HIYYAAT Serta Mengapa Kita Baca Dalam Solat Kita?

ATTA'HIYYAAT adalah doa yang sangat penting; kita mengulanginya di dalam solat harian kita. Apabila saya mendapat tahu akan kepentingan ini, amat tersentuh hati saya.
ATTA'HIYYAAT sebenarnya adalah sebahagian daripada perbualan antara Pencipta kita Allah SWT dan yang kita kasihi Nabi Muhammad SAW semasa perjalanan Isra' Mi’raj.
Ketika Nabi Muhammad SAW bertemu Allah SWT, dia tidak berkata 'Assalamualaikum'. Apakah yang seseorang akan berkata apabila dia bertemu Allah? Kita tidak boleh mengucapkan selamat sejahtera kerana semua sumber kesejahteraan adalah melalui Dia.

Jadi Nabi Muhammad SAW berkata:
"Attahiyyaatul Mubaaraka TusSolawaatut toyibaatulillah" (Segala pujian, segala doa dan ibadah hanyalah untuk Allah)

Allah jawab:
"Assalamu Alaika Ayyuhannabiyyu 'Warahmatullahi Wabarokaatuh" (Salam sejahtera ke atas kamu, Wahai Nabi dan Allah memberi rahmat dan keberkatan).

Untuk ini, Nabi Muhammad SAW menjawab:
"Assalamu 'Alaina Wa'ala'Ibadillahis So'lihin" (Selamat sejahtera kepada kami dan kepada semua hamba yang baik kepada Allah)
Nota * Nabi Muhammad SAW mengata "kami" dalam jawapan ... (dan pada semua hamba yang baik kepada Allah)

Dan mendengar perbualan ini antara Allah dan Rasul-Nya, para malaikat berkata:
"Ash'had'u'an La ilahaillallah Wa Ash'hadu Anna Muhammadun Abd'uhu Wa Rasuuluh"
(Aku bersaksi bahawa tiada siapa yang berhak disembah melainkan Allah Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya).

SubhanAllah!
Saya kini memahami kepentingan perbualan ini dalam doa harian kita dan bagaimana Solat telah ditetapkan kepada kita.

Apa yang anda fikir perlu anda lakukan dengan ini? Bayangkan jika orang lain membacanya hanya kerana anda. Ingat saya dalam doa anda, Aamiiiin!

Wallahua'lam...
Terima kasih keranaa sudi baca...

Jangan lupa untuk tekan butang 'SHARE' semoga orang lain pun tahu..
Insha Allah...

C.O.N.T.R.O.L



Erm.

Suka itu fitrah.

Fitrah perempuan mmg suka lelaki. 

Siapa menafikan, means dia lari dari peraturan ciptaan manusia.

Secara kasar, tak betul.

Tapikan.

Fitrah perlu dikawal.

Makan juga fitrah.
Cuba bayangkan jika kita makan tanpa henti tanpa kawalan ? ..

................................................................☕..............❓❓❗❗

Tidakkah ia membawa kita pada kemudharatan ?

.................

So same la mcm ..❤.

Kita suka someone.
Tidak menjadi kesalahan.

Love is not a crime. ..

C O N T R O L .

How ?

K.
Ini menurut saya

..................

..

Dari mata turun ke hati.
..
..

Agree ?

K. Kalau tak pernah nampak masakan boleh melekat kat hati. Kihkih.

So, 

Lower your gaze.
Jaga pandangan.

Tapi,
Susahkan nak jaga pandangan bila kita dah suka orang tuh ?

Mesti asyik tercari-cari.
Mesti ternanti-nanti.
Ceh. Jangan tipu ..

P A K S A.

Bila nampak je,
Terus palingkan muka.
Paksa.

Tahu tak kadang masalah ini adalah ujian untuk awak.

Nak uji iman dalam hati ..

So, kuat sikit la awak.
Okaay ✊

Cuba tanamkan sikit dalam hati tuh rasa nak buang perasaan tuh.

Sbb kalau dah byk sgt rasa dlm hati tuh, tak elok sangat ..

..

Tanamkan rasa nak jaaaauh dari dia.

Jauh itu bukan maksudnya, tanak gi memana sbb takut terserempak dgn dia ..

Jauh itu maksudnya, cuba jgn buat something yg berkait dgn dia.

Alaa faham faham lah ye ..

..

Sibukkan diri dengan urusan lain yang lebih bermanfaat.

Sibukkan diri dekat dengan Allah.

Minta Dia bagi kekuatan & petunjuk.

Sebab Dia tahu.

Sibukkan diri dengan belajar.
Sibukkan diri dengan dakwah.

Kadang, saja syaitan datang cucuk-cucuk suruh ingat laki tuh. ..

Lawanlah ! 

Istighfar ! 

In Shaa Allah, Allah tolong.

Sibukkan diri sampaaai tak ingat laki tuh.

Sebab apa?

1. Takut takut akhirnya bukan jodoh kita pun. Pastu menyesal sbb dulu dok teringat dia je sampai semua keje tak buat.

Sia-sia.

2. Sedang kita fikir adakah laki tuh jadi hubby kita, rupanya malaikat maut datang dulu. ..

Tak ke rugi ?
Huwaa.

Tahu tak.
Remaja remaja jadi lemau.
Sebab apa ?

Sebab asyik fikirkan soal jodoh.

Ingat hidup kat dunia ni semata cari jodoh ke ?

....................

Mesti kata,

"Ah. Bisingla kau. Blablabla"
"Kau tak rasa apa aku rasa"
"Easy to say, hard to do, bro"

Sabaq.
Bawa bertendang.

Awak.
Dengar sini, 

Bukan awak sorang je yang ada masalah .. mcm tuh. Saya rasa semua orang pernah lalui.

Beza mereka dengan kita,

Mereka berjaya atasi.
Tak meroyan.
Tak terjun gaung.

Haa.

Saya juga pernah 
Peace no war️

Cuba fikir.

Pasti ke laki tuh suami aku ?

Ntah ntah suami orang lain. Huwaa malunye ..

Sia-sia kan ?

Berbaloi ke termenung, down tetibe tanpa asbab yg kukuh ? Padahal kadang tuh, kita yg overreact. ..

Malu double. ....

Pastu, kalau kita overreact mcm ni takut nanti tak boleh terima if dia nikah dengan orang lain.

Hahahahahaha. Kejam.

What ? Tak mustahil right ? 

Sbb tuh, jgn layan sangat.
Kadang itu semua nafsu semata.

...................

K.

Kadang fikir.

Betul ke perasaan ni ?

Patut ke teruskan cinta suci ini ?

Cewaaah.

Dengaq ni.

Semua benda, Allah yang tahu.

Maka mintak petunjuk dari Dia.

Banyak kebetulan dengan dia tak semestinya itu signal ada jodoh dgn dia. 

Awak,

Kalau ada jodoh, tak kemana.
Kalau ada,
Pasti, In Shaa Allah,
Dia akan datang menjemput awak jua sebagai bidadarinya ..✨

Jadi.

Apa kata sekarang kita persiapkan diri untuk menjadi orang yang hebat + solehah.

Laki yang awak suka tuh mesti seorang yg hebat soleh baik comel pemurah suka tahajud rajin study suka senyum hormat cikgu mak ayah kan ?

Perempuan baik untuk laki baik.

Kan ?

Maka, persiapkan diri kita.

Jika betul dia jodoh kita,

Tika dia datang menjemput kita,

Kita juga sudah bersedia dengan Allah teguh di hati, agama disisi, akhlak tertanam pada jiwa. Hadiah untuk si dia.

Semoga berjaya.
May Allah ease everything ..


#NoteToMyself