Sirah :
"Srikandi Penegak Islam."
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَنِ ٱلرَّحِيمِ
Syukur Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk merasakan nikmat di tahun baru 2016. 😊
Ayuh,luangkan sedikit masa mengenali serba sedikit mengenai puteri kesayangan Rasulullah s.a.w iaitu Sayyidatina Fatimah Azzahra🌸🌸🌸
🔮Menurut mutiara kata Ibnu Rusyd :
"Kepuasan jiwa kerana mencari ilmu pengetahuan itulah kepuasan yang sejati"
🌹🌹FATIMAH AZZAHRA🌹🌹
🌹Suami kepada Fatimah Azzahra,Saidina Ali bin Abi Talib menceritakan bahawa isterinya Fatimah menggunakan tangannya untuk mengisar bijian yang menyebabkan tangannya menjadi kasar. Beliau juga mengisi air ke dalam bekas yang dibuat daripada kulit dan membawa bekas itu ke rumah sehingga meninggalkan kesan di dadanya akibat daripada tali bekas tersebut. Beliau sendiri yang menguruskan rumahnya,menyapu dan sebagainya sehingga menyebabkan pakaiannya selalu kotor.
🌹Fatimah memberitahu Rasulullah" aku dan Ali hanya mempunyai satu alas tidur,itu pun daripada kulit domba. Pada malam hari kami membentangkan alas itu dan kami tidur di atasnya dan pada waktu siang hari kami tabur rumput dan bijian di atasnya untuk memberi makan unta.
🌹Rasulullah saw bersabda:
"Wahai anakku, bersabarlah. Nabi Musa dan isterinya memiliki hanya satu alas tidur sahaja sehingga sepuluh tahun. Itupun hanya jubah Nabi Musa as. Itulah yang dibentang dan mereka tidur di atasnya. Takutlah kepada Allah swt hasilkan sifat taqwa dan tunaikanlah tugas dan kewajipanmu terhadap Allah dan sempurnakanlah tugas² rumahtanggamu. Apabila kamu hendak tidur bacalah "subhanallah" 31x
"Alhamdulillah" 31x
"Allahuakbar" 31x.
Amalan ini lebih baik bagi kamu daripada hamba.
Fatimah pun berkata: "aku redha dengan Allah dan RasulNya."
~Hadis Riwayat Abu Daub~
Subhanallah,😭😭😭
Lihatlah, beginilah kehidupan puteri ketua segala rasul. Sekiranya di kalangan kita hari ini terdapat seseorang yang mendapat pendapatan lebih sedikit, kita bukan setakat tidak melakukan urusan rumahtangga malah urusan dirinya sendiri pun tidak mampu dilakukan.
🎀🎀🎀
Sayyidatina Fatimah Az-Zahra.
pemimpin wanita ke syurga..🎀🎀🎀
Waallahualam.
#WakeUpCalls
#iman
#MeremajakanDiri
No comments:
Post a Comment