Tuesday, 12 January 2016

C.I.N.T.A #2



                         Syariat :
    "Cinta Khaliq Vs  Cinta Makhluq"
 

"Sesungguhnya seseorang itu akan menjadi hamba kepada apa yang dia cintai."

Kata2 ustaz Hussaini berlegar2 di dalam kepala. Tiba2, Alya memecahkan kesunyian.

"Kau hamba apa..?"

"Hamba... persatuan. Hamba katil. Hamba study. Hamba cinta manusia." 😭😭

"Pahit pahit.." 😭

"Maka, cintalah Allah, maka kita akan terus jadi hamba yang sentiasa taat. Amin insha Allah."

****

🌸 Cinta Khaliq VS Cinta Makhluq 🌸

Khaliq itu siapa? Dan makhluq itu siapa? Khaliq itu, Allah. Tuhan kita. Dan makhluq itu, kita. Yang serba serbi kurang.

Bila sembang soal cinta, pakat dok teringat romance antara Monday Couple, Gary & JiHyo, atau Aaron Aziz & Maya Karin dalam Ombak Rindu.

Walhal, sebenarnya cinta itu suci. Tak sepatutnya benda suci bercampur dengan benda dosa.

Cinta ibarat susu sebelanga, dan dosa ibarat nila setitik. Bila cinta dibawa dalam jalan dosa, maka rosak semuanya.

****

"Akak! Saya cinta dia. Saya takut dia jatuh ke tangan orang lain. Sebabtu saya ikat dia awal awal."

- Ikat dengan cara apa? Cara haram? 😏

"Akak! Kami saling mencintai kerana Allah. Insha Allah, saya nak bawa dia ke syurga. Hubungan kami till Jannah."

- Niat tak pernah menghalalkan cara. dgn cara kamu jaga hubungan kamu tu, till Jannah atau till Jahannam? 😏

"Alaaaa lek aa. common aa semua orang couple. Zaman dah maju kot. Jgn ketinggalan sangat."

- Betul. Zaman dah maju, tapi zaman tak pernah menghalalkan dosa yang jelas haram. What is wrong is wrong even everyone is doing it. What is right is right even when you are the only one doing it 😉

#WakeUpCalls
#iman
#MeremajakanDiri

No comments:

Post a Comment