Fiqh aulawiyat :
"Situasi Vs Realiti "
"Nak meeting ke nak study? Esok test ni!"
"Kelas atau program?"
* * *
Yang aktif berpesatuan mesti sokmo berada dalam dilema ni kan? 😏
Iye dok kawan2 ?
Awak....
Realitinya kita yang selalu meletakkan diri kita dalam dilema!😞
Kita yang suka meletakkan diri kita dalam situasi yang harus memilih!😩
Contoh bila bertembung kerja persatuan dan test,
Masa tu hati kita kuat mengatakan,
"Aku kena utamakan yang lebih aula! Pelajaran tu penting kot! Persatuan no. 2!"
Eceeee masa ni muka yakin kot!😌
Tau tak beb?
Hakikatnya keduanya harus bergerak seiring!
Dan dua-dua adalah keutamaan kita.
Sebab apa?
Dua-dua adalah tanggungjawab kita!😎
☝🏻Satu tanggungjawab kita sebagai pelajar dan
☝🏻satu yang lainnya tanggungjawab yang kita sendiri terima semasa ditawarkan jawatan tersebut.
Sepatutnya kita dah susun jadual harian kita betul-betul bila kita tahu kita memegang amanah supaya tidak terabai salah satu.
Macam mana nak buat?😕
Hurmmm... 😶
secara teorinya🙈, belajar itu seharusnya dilakukan secara berterusan bukan bila nak test bila nak quiz baru study!
Kita sebenarnya dah lari jauh dari konsep menuntut ilmu yang sepatutnya dan lebih cenderung kepada konsep mengejar empat rata!
Booommm!!!💣
Perit tekak!
Rasa macam tertelan pasir tak uols?😭
Terasa seperti mengecam diri sendiri😣.
Lagi dasyat, kita sokmo gunakan konsep aulawiyat untuk pertahankan diri kita. Untuk sedapkan hati yang mencari alasan. Juga untuk menutup kesilapan.
kita suka beramal dengan definisi zahir bukan pada kefahaman terhadap ilmu itu sendiri.😭
Sebab itulah dalam konsep aulawiyat ilmu itu lebih aula(penting) berbanding amal.
Sebab beramal tanpa ilmu kebanyakannya adalah sesat.
Sungguh tulisan ini umpama mengutuk diri sendiri yang selalu menggunakan konsep aulawiyat pabila ingin menghilangkan rasa bersalah. 😭🔫
Moga Allah memaafkan kita semua.
#WakeUpCalls
#iman
#MeremajakanMahasiswa
No comments:
Post a Comment